Asyraf blog
Sunday, October 10, 2010
Suasana di Geylang pada malam raya
Suasana di Geylang pada waktu malam sungguh meria. Ramai keluarga akan pergi membeli belah pada lewat malam kerana mereka boleh mengurangkan lagi harganya dengan lebih murah. Selalunya bazar di geylang akan menjadi penuh dengan umat-umat melayu sehingga subuh dan ini sudah menjadi kebiasaan pada setiap malam raya. Saya akan selalu ke geylang pada malam raya bersama keluarga saya dan selaulnya saya akan membeli makan seperti dendeng,goreng pisang dan banyak lagi. Pada malam raya yang lalu saya telah membeli sepasang chapal bersama abang dan bapa saya. Kenderaan jalan raya di geylang amat sesak dan ia amat susah untuk mencari tempat untuk meletakkan kereta pada waktu malam sehingga kami harus berjalan jauh ke tempat bazar. Saya amat gemar pergi ke Geylang pada waktu malam bersama keluarga saya kerana ia dapat menyeronokkan lagi suasana Hari Raya.
Raya apabila kecil
Apabila saya masih kecil lagi, saya sering memebeli mercun setiap ramadan. Saya akan sering membeli mercun bersama rakan-rakan serta adik-beradik saya. Kami akan selalu bermain di bawah blok kami dan akan sering membuat bising sehingga lewat malam dan akan mendapat aduan oleh jiran kami. Ibu dan bapa saya akan selalu berasa risau sehingga akan menuggu untuk saya dan abang saya untuk pulang ke rumah. Pada masa kecil, seperti kanak-kanak yang lain saya gemar mengumpul duit dan memakan kuih raya tetapi apabila saya menjadi lebih dewasa saya baru dapat merasakan makna betul Hari Raya. Ia bukan sahaja untuk mendapatkan duit raya tetapi ia dapat mengeratkan lagi silaturahim antara umat islam. Kita seharusnya berminta maaf pada bulan yang mulia kerana terdapat banyak pergaduhan antara manusia pada masa kini.
Wednesday, September 29, 2010
Membuat Kuih Raya
Setiap tahun menjelang Hari Raya saya selalu menolong ibu saya membuat kuih raya untuk saudara-mara dan keluarga kita.Kami selalu membuat kuih tart dahulu kerana bapa saya selalu makan kuih kegemarannya dahulu sebelum hari raya menjelang.Saya paling gemar membuat biskut coklat dan kadangkala saya tidak boleh tahan bau biskut itu.Membuat kuih sambil berpuasa sungguh mencabar tetapi ia membawa pengalaman yang bagus.Sambil membuat kuih,saya juga pergi ke pasar bersama ibu saya untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih raya.Setiap tahun saya tidak pernah terlepas untuk membuat kuih raya yang saya gemari dan sungguh enak.
Tuesday, September 28, 2010
Makna Hari Raya bagi saya
Hari Raya mendatangkan penuh makna bagi saya.Ia merupakan bulan untuk keluarga dan kawan-kawan untk saling bermaaf-maaffan.Sambil itu juga kita boleh menziarahi orang tua kita dan juga kawan-kawan kita.Saya gemar pergi sembahyang Hari Raya pada waktu pagi kerana saya dapat mendegar suara takbir dan juga semua umat islam dapat berkumpul pada hari yang suci.Mendapatkan wang raya adalah yang paling digemari oleh kanak-kanak pada zaman sekarang.Saya akan selalu meminta maaf kepada dua ibu dan bapa saya dahulu kerana mereka adalah kedua orang yang membesarkan kita dan sekurang-kurangnya membuat mereka berasa gembira pada hari pertama raya.
Monday, September 27, 2010
Berpuasa pada yog
Berpuasa pada masa sukan olimpik belia adalah satu-satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan pada hidup saya.Walaupun saya sedang bertanding tetapi saya mencuba untuk berpuasa kerana saya tidak mahu ketinggalan amalan saya.Pengalamannya sungguh menyeronokkan kerana bukan say sahaja yang berpuasa tetapi ada ramai orang daripada merata negara yang turut juga berpuasa.Kami sepasukan mula bersahur pada pukul empat dan kami harus berjalan jah daripada tempat tidur kami hingga ke tempat makan.Walaupun jauh tetapi kita tetep bersemangat untuk bersahur.Sepanjang masa berpuasa kita cuba meluangkan masa kami dengan bercampur dengan remaja-remaja yang lain .Apabila hendak berbuka juga adalah masanya untuk perlawanan pasukan Singapura.Jadi kita tidak mahu berasa terlalu kenyang,lalu kita makan pisang dan cuba berminum sebanyak air jarang.Pengalaman ini tidak akan saya melupakan sepanjang hidup dan hanya menjadi memori sahaja sekarang.
Monday, September 6, 2010
Makna ramadan bagiku
Ramadan bagiku adalah bulan yang paling suci kerana ia adalah bulan yang menggalakkan umat islam brsembahyang secara berjemaah pada waktu malam. Ia juga dapat mengeratkan lagi silaturahhem antara keluarga kerana kita dapat berbuka sama-sama di rumah ataupun di luar.Bulan ramadan juga adalah bulan yang paling sibuk kerana hendak membuat kuih atau menukar langsir dan banyak lagi.Apabila ke Geylang,kita dapat merasakan suasana hari raya dan keharmonian melayu.Sembahyang qiammulai pada bulan ramadan juga amat bererti bagi saya kerana ia diadakan pada waktu pagi dan yang memebuat ia lebih bermakna adalah ia diadakan pada bulan ramadan sahaja.
Sunday, June 27, 2010
Makanan budaya melayu
Makanan budaya melayu kini senang dilupa oleh khalayak ramai.Ramai remaja kini hendak makan makanan 'Western' yanng senang dijual di tempat awam.Apa telah jadi kepada makanan seperti nasi lemak atau lontong?Ini adalah makanan yang telah lama wujud daripada orang tua kita.Ibu bapa juga harus main peranan untuk jangan membawa anak mereka ke tempat makanan segera selalu.Tiada salah kalau kita makan makanan seperti begini tetapi kit harus ingat budaya kita juga.Kuih-kuih seperti kuih lapis dan pulot hitam kurang digemari oleh remaja melayu kerana mereka tidak biasa dengan makanan seperti begini.
Subscribe to:
Posts (Atom)