Sunday, October 10, 2010
Suasana di Geylang pada malam raya
Suasana di Geylang pada waktu malam sungguh meria. Ramai keluarga akan pergi membeli belah pada lewat malam kerana mereka boleh mengurangkan lagi harganya dengan lebih murah. Selalunya bazar di geylang akan menjadi penuh dengan umat-umat melayu sehingga subuh dan ini sudah menjadi kebiasaan pada setiap malam raya. Saya akan selalu ke geylang pada malam raya bersama keluarga saya dan selaulnya saya akan membeli makan seperti dendeng,goreng pisang dan banyak lagi. Pada malam raya yang lalu saya telah membeli sepasang chapal bersama abang dan bapa saya. Kenderaan jalan raya di geylang amat sesak dan ia amat susah untuk mencari tempat untuk meletakkan kereta pada waktu malam sehingga kami harus berjalan jauh ke tempat bazar. Saya amat gemar pergi ke Geylang pada waktu malam bersama keluarga saya kerana ia dapat menyeronokkan lagi suasana Hari Raya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment