Wednesday, September 29, 2010
Membuat Kuih Raya
Setiap tahun menjelang Hari Raya saya selalu menolong ibu saya membuat kuih raya untuk saudara-mara dan keluarga kita.Kami selalu membuat kuih tart dahulu kerana bapa saya selalu makan kuih kegemarannya dahulu sebelum hari raya menjelang.Saya paling gemar membuat biskut coklat dan kadangkala saya tidak boleh tahan bau biskut itu.Membuat kuih sambil berpuasa sungguh mencabar tetapi ia membawa pengalaman yang bagus.Sambil membuat kuih,saya juga pergi ke pasar bersama ibu saya untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih raya.Setiap tahun saya tidak pernah terlepas untuk membuat kuih raya yang saya gemari dan sungguh enak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment