Wednesday, September 29, 2010

Membuat Kuih Raya

Setiap tahun menjelang Hari Raya saya selalu menolong ibu saya membuat kuih raya untuk saudara-mara dan keluarga kita.Kami selalu membuat kuih tart dahulu kerana bapa saya selalu makan kuih kegemarannya dahulu sebelum hari raya menjelang.Saya paling gemar membuat biskut coklat dan kadangkala saya tidak boleh tahan bau biskut itu.Membuat kuih sambil berpuasa sungguh mencabar tetapi ia membawa pengalaman yang bagus.Sambil membuat kuih,saya juga pergi ke pasar bersama ibu saya untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih raya.Setiap tahun saya tidak pernah terlepas untuk membuat kuih raya yang saya gemari dan sungguh enak.

Tuesday, September 28, 2010

Makna Hari Raya bagi saya

Hari Raya mendatangkan penuh makna bagi saya.Ia merupakan bulan untuk keluarga dan kawan-kawan untk saling bermaaf-maaffan.Sambil itu juga kita boleh menziarahi orang tua kita dan juga kawan-kawan kita.Saya gemar pergi sembahyang Hari Raya pada waktu pagi kerana saya dapat mendegar suara takbir dan juga semua umat islam dapat berkumpul pada hari yang suci.Mendapatkan wang raya adalah yang paling digemari oleh kanak-kanak pada zaman sekarang.Saya akan selalu meminta maaf kepada dua ibu dan bapa saya dahulu kerana mereka adalah kedua orang yang membesarkan kita dan sekurang-kurangnya membuat mereka berasa gembira pada hari pertama raya.

Monday, September 27, 2010

Berpuasa pada yog

Berpuasa pada masa sukan olimpik belia adalah satu-satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan pada hidup saya.Walaupun saya sedang bertanding tetapi saya mencuba untuk berpuasa kerana saya tidak mahu ketinggalan amalan saya.Pengalamannya sungguh menyeronokkan kerana bukan say sahaja yang berpuasa tetapi ada ramai orang daripada merata negara yang turut juga berpuasa.Kami sepasukan mula bersahur pada pukul empat dan kami harus berjalan jah daripada tempat tidur kami hingga ke tempat makan.Walaupun jauh tetapi kita tetep bersemangat untuk bersahur.Sepanjang masa berpuasa kita cuba meluangkan masa kami dengan bercampur dengan remaja-remaja yang lain .Apabila hendak berbuka juga adalah masanya untuk perlawanan pasukan Singapura.Jadi kita tidak mahu berasa terlalu kenyang,lalu kita makan pisang dan cuba berminum sebanyak air jarang.Pengalaman ini tidak akan saya melupakan sepanjang hidup dan hanya menjadi memori sahaja sekarang.

Monday, September 6, 2010

Makna ramadan bagiku

Ramadan bagiku adalah bulan yang paling suci kerana ia adalah bulan yang menggalakkan umat islam brsembahyang secara berjemaah pada waktu malam. Ia juga dapat mengeratkan lagi silaturahhem antara keluarga kerana kita dapat berbuka sama-sama di rumah ataupun di luar.Bulan ramadan juga adalah bulan yang paling sibuk kerana hendak membuat kuih atau menukar langsir dan banyak lagi.Apabila ke Geylang,kita dapat merasakan suasana hari raya dan keharmonian melayu.Sembahyang qiammulai pada bulan ramadan juga amat bererti bagi saya kerana ia diadakan pada waktu pagi dan yang memebuat ia lebih bermakna adalah ia diadakan pada bulan ramadan sahaja.