Sunday, October 10, 2010
Suasana di Geylang pada malam raya
Suasana di Geylang pada waktu malam sungguh meria. Ramai keluarga akan pergi membeli belah pada lewat malam kerana mereka boleh mengurangkan lagi harganya dengan lebih murah. Selalunya bazar di geylang akan menjadi penuh dengan umat-umat melayu sehingga subuh dan ini sudah menjadi kebiasaan pada setiap malam raya. Saya akan selalu ke geylang pada malam raya bersama keluarga saya dan selaulnya saya akan membeli makan seperti dendeng,goreng pisang dan banyak lagi. Pada malam raya yang lalu saya telah membeli sepasang chapal bersama abang dan bapa saya. Kenderaan jalan raya di geylang amat sesak dan ia amat susah untuk mencari tempat untuk meletakkan kereta pada waktu malam sehingga kami harus berjalan jauh ke tempat bazar. Saya amat gemar pergi ke Geylang pada waktu malam bersama keluarga saya kerana ia dapat menyeronokkan lagi suasana Hari Raya.
Raya apabila kecil
Apabila saya masih kecil lagi, saya sering memebeli mercun setiap ramadan. Saya akan sering membeli mercun bersama rakan-rakan serta adik-beradik saya. Kami akan selalu bermain di bawah blok kami dan akan sering membuat bising sehingga lewat malam dan akan mendapat aduan oleh jiran kami. Ibu dan bapa saya akan selalu berasa risau sehingga akan menuggu untuk saya dan abang saya untuk pulang ke rumah. Pada masa kecil, seperti kanak-kanak yang lain saya gemar mengumpul duit dan memakan kuih raya tetapi apabila saya menjadi lebih dewasa saya baru dapat merasakan makna betul Hari Raya. Ia bukan sahaja untuk mendapatkan duit raya tetapi ia dapat mengeratkan lagi silaturahim antara umat islam. Kita seharusnya berminta maaf pada bulan yang mulia kerana terdapat banyak pergaduhan antara manusia pada masa kini.
Subscribe to:
Posts (Atom)